Rabu, 24 Disember 2008

Countdown... 3,2,1

Countdown tahun baru...
Azam baru...
Diari Baru...
perbaiki diri supaya jd insan yang ada tahap keimanan yang baru....

Countdown tahun baru...
Azam baru...
Diari Baru...
perbaiki diri supaya jd insan yang ada tahap keimanan yang baru....

Kepala B*** Tanda Protes!

Beberapa hari yang lalu, terdapat kepala babi hutan yang...

Beberapa hari yang lalu, terdapat kepala babi hutan yang digantung berdekatan dengan banner mengenai perhimpunan untuk pengharaman penternakkan babi. Hal ini juga pernah berlaku dua kali sebelum ini yang mana kepala babi digantung dihadapan rumah dan di tepi pantai teluk kemang. Hal ini membuktikan ada dipihak yang tidak berpus hati terhadap tindakan yang telah digembar-gemburkan untuk menjalankan kegiatan penutupan lading ternakkan babi. Penulis berpendapat, memang wajar golongan ini protes terhadap kegiatan yang hendak dilakukan oleh kerajaan. Namun, perkara seperti menggantung kepala babi adalah tidak wajar kerana hal ini akan membangkitkan isu sensitiviti perkauman yang dalam keadaan harmonis dalam masyarakat. Benar, tentu pihak berkenaan khuatir mengenai jualan babi untuk bekalan makanan mereka akan tersekat akibat penutupan perusahaan terbabit. Oleh itu, pihak berkenaan sepatutunya melakukan tindakkan yang lebih ‘dewasa’ supaya tindakkan pihak kerajaan mahupun pihak berkenaan dapat diselesaikan dalam keadaan berbincang dengan lebih lanjut dan bukan melakukan sesuatu tindakkan yang boleh mencemarkan perpaduan dan silaturrahim antara kaum yang telah kita bina sekian lama. Semoga dimasa akan datang perkara sedemikian tidak berlaku lagi dan hubungan antara kaum akan terjalin utuh selamanya.
Wallahua’lam.

Selasa, 16 Disember 2008

Wukuf dan Perhimpunan di Mahsyar

TIDAK ada amal ibadah dalam Islam yang sesemarak dan seramai wukuf di Arafah. Lebih tiga juta umat Islam seluruh pelosok dunia berhimpun pada satu masa, di satu tempat dengan satu tujuan, satu seragam dan satu amalan. Mereka akan memulakan rukun haji bersama selepas tergelincir matahari dengan solat Zuhur dan Asar jamak takdim, satu azan dan dua kali kamat sambil melantunkan doa kepada Allah SWT yang selesai sebelum terbenam matahari hari ini, 9 Zulhijjah 1429H bersamaan 7 Disember 2008.

Berasal daripada kata dasar 'wa-qa-fa' bererti...

TIDAK ada amal ibadah dalam Islam yang sesemarak dan seramai wukuf di Arafah. Lebih tiga juta umat Islam seluruh pelosok dunia berhimpun pada satu masa, di satu tempat dengan satu tujuan, satu seragam dan satu amalan. Mereka akan memulakan rukun haji bersama selepas tergelincir matahari dengan solat Zuhur dan Asar jamak takdim, satu azan dan dua kali kamat sambil melantunkan doa kepada Allah SWT yang selesai sebelum terbenam matahari hari ini, 9 Zulhijjah 1429H bersamaan 7 Disember 2008.

Berasal daripada kata dasar 'wa-qa-fa' bererti diam, berdiri, wukuf di Arafah adalah satu daripada rukun haji paling utama kerana disebutkan dalam hadis al-hajju 'arafah yakni kesempurnaan haji berada dalam wukuf di Arafah.

Tanah seluas 10,4 kilometer persegi dan arah Tenggara Masjidil Haram dengan jarak 22 kilometer itu dinamakan Arafah kerana beberapa sebab. Dinamakan demikian kerana Adam dan Hawa bertemu dan saling mengenal kembali, ta'aruf, pertama di sana selepas diturunkan ke bumi.

Dinamakan juga Arafah kerana di sana malaikat Jibril as mengajar, 'arrafa, Nabi Ibrahim as mengenai manasik haji. Selepas itu Jibril bertanya kepada Ibrahim: "Sudahkah engkau faham?" Dan dijawab oleh Ibrahim: "Ya, aku sudah faham," yakni araftu. Selain itu, Ibn Abbas berpendapat dinamakan Arafah kerana di sana manusia mengakui, i'tiraf-ya'tarifun, dosa dan kesalahannya. (Dr Muhammad Abdul Ghani, Tarikh Makkah al-Mukarramah)

Arafah disebut dalam al-Quran maksudnya: "Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang 'Arafah (menuju Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, talbiah dan tasbih) di tempat Masy'ar al-Haram (di Muzdalifah)." (Surah al-Baqarah: 198) Di padang Arafahlah turun ayat terakhir al-Quran yang maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah al-Maidah: 3)

Arafah sebagai tempat wukuf ditetapkan oleh Baginda Rasulullah SAW dengan hadisnya bermaksud: "Aku wukuf di sini dan Arafah seluruhnya adalah tempat untuk melaksanakan wukuf." (Hadis riwayat Muslim)

Dengan berkumpulnya jutaan manusia di Arafah yang diiring dari semua penjuru dunia mengingatkan kepada kita kejadian pada kiamat iaitu hari dibangkitkan semua manusia daripada mati. Mereka dihimpunkan di padang Mahsyar untuk diadili Allah SWT.

Umat Islam mengimani hari kebangkitan daripada alam kubur selepas ditiup sangkakala kali ketiga. Allah membangkitkan mayat dalam kubur, maka bangkit semua manusia menghadap Tuhan seluruh alam tanpa alas kaki, telanjang dan tidak dikhitan (Hadis Bukhari dan Muslim); matahari dekat dengan mereka; antara mereka ada yang keringatnya bercucuran sampai ke mulut. Orang pertama dibangkitkan dari bumi ialah Nabi Muhammad SAW. (Hadis riwayat Ibnu Abi 'Ashim, Ibnu Hibban dan Abu Ya'la)

Pada hari besar itulah manusia keluar daripada kubur seperti belalang berterbangan datang dengan pantas kepada Penyeru itu. Semuanya terdiam tidak bergerak ketika ditebarkan catatan amal, maka terlihat semua yang tersembunyi, nampak segala yang tertutup dan terbuka keburukan yang tersimpan di dalam hati. Allah akan berbicara langsung dengan manusia pada hari itu; tidak ada penterjemah antara Allah dan mereka.

Dalam kitab rujukan akidah, Syarh al-'Aqidah al-Tahawiyyah disebutkan: "Kita beriman kepada kebangkitan, pembalasan amal perbuatan pada hari kiamat, pemeriksaan, hisab, pembacaan rekod amal, pahala, seksa, al-sirat, timbangan, syurga, neraka, yang kedua-duanya sudah dicipta yang tidak akan musnah selama-lamanya dan tidak akan hancur." (hal. 404-05)

Mengenai dihidupkan kembali manusia selepas mati di padang Mahsyar, Allah menjelaskan dalam al-Quran maksudnya: "(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar (dari kubur masing-masing) berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa." (Surah Ibrahim: 48) Mengapa manusia dikeluarkan dari kubur mereka? Allah menjelaskan maksudnya: "(Keluar manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang dia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisab-Nya." (Surah Ibrahim: 51)

Hari kebangkitan manusia di padang Mahsyar amat dahsyat digambarkan al-Quran dengan ayat bermaksud: "Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga setiap belahan menjadi ibarat pintu yang terbuka luas dan gunung-ganang � selepas dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir." (Surah al-Naba: 17-20)

Pada masa itu manusia akan menuju tempatnya sama ada maksudnya: "Sesungguhnya neraka Jahannam disediakan untuk orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. Mereka tinggal di dalam berkurun lamanya," (Surah al-Naba: 21-23).

Mahupun maksudnya: "Sesungguhnya orang yang bertakwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (Mereka akan beroleh) taman bunga dan kebun buah-buahan, terutama anggur dan perawan yang sebaya umurnya. Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Mereka tidak mendengar di dalam syurga perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta; sebagai balasan daripada Tuhanmu iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya." (Surah al-Naba: 31-36)

Jika jemaah haji yang berwukuf di padang Arafah pada hari ini dijanjikan untuk diampunkan dosa mereka oleh Allah SWT, bagaimana dengan kita yang belum memperoleh janji terbabit? Jika jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah pada saat ini bersungguh-sungguh dalam berdoa memohon keampunan Allah di tempat yang mulia, bagaimana kita yang tidak berada di sana?

Jika jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah melihat dan membayangkan Padang Mahsyar selagi mereka hidup, bagaimana dengan kita yang tidak mengalaminya?

Jangan risau mahupun gelisah, wahai saudara! Jangan bersedih dan gundah gulana wahai, sahabat! Disebut dalam hadis Qudsi maksudnya:

"Pada hari kiamat Allah berfirman: "Pada hari ini orang yang berkumpul (di Padang Mahsyar) akan mengetahui siapa yang termasuk dalam keluarga utama." Sahabat bertanya: "Siapakah ahli (keluarga utama itu, Ya Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Mereka itu ialah keluarga majlis zikir di masjid." (Hadis riwayat Ahmad) Bersediakah anda?

oleh Abdurrahman Haqqi

Isnin, 15 Disember 2008

Bush Hampir 'MAKAN' Kasut

Semalam merupakan hari yang paling bersejarah buat bekas presiden Amerika Syarikat kerana dalam sidang medianya di Iraq, kasut telah dibaling kearahnya.Berikut adalah petikan berita tersebut:

Semalam merupakan hari yang paling bersejarah buat bekas presiden Amerika Syarikat kerana dalam sidang medianya di Iraq, kasut telah dibaling kearahnya.Berikut adalah petikan berita tersebut:

GEORGE W Bush was pelted with two shoes yesterday.


The outgoing US president managed to duck both in Baghdad.


He shrugged off the bizarre attack by an Iraqi journalist saying “I’m okay”, before joking later: “All I can report is it was a size ten.”

He added: “It’s like driving down the street and having people not gesturing with all five fingers.”

Dubya was pelted at a press briefing with Iraqi PM Nouri al-Maliki to mark a troop withdrawal agreement.

Muntadar al-Zeidi, a TV reporter with an Iraqi-owned station based in Egypt, hurled his own shoes, yelling in Arabic: “This is a farewell kiss, dog.”

Advertisement
Click here to find out more!

Bush aide Dana Perino was hit in the eye with a mic as guards rushed to grab him.

To Arabs, throwing shoes at someone is a sign of contempt.

The US invaded Iraq in 2003.

Video klik disini

Bagi pendapat peribadi, orang ynag berada di Iraq sebenarnya tidak mahukan kehadirannya yang telah membunuh ramai orang Islam dan cuba untuk menjejaskan keamanan dan keharmonian Iraq. Sekarang, keadaan mereka menderita akibat telah diTUDUH negera yang telah menyembunyikan penjenyah yang telah meruntuhkan bangunan WTC pada 11 September.

Siapa yang tidak marah apabila 'rumah' mereka diceroboh tanpa izin dan tidak semena-mena, tanpa usul periksa serta terus membunuh hampir kesemua orang yang berada dalam 'rumah' tersebut walaupun orang dalam 'rumah' tersebut tidak mengetahuiapa-apa mengenai perkara tersebut. Jadi, jika orang yang mengarahkan peperangan berlaku ada dihadapan mata tentu mahu diterkam untuk membalas atas kekejaman yang dilakukan kepada orang yang tidak berdosa.

Sebenarnya, reaksi penulis apabila melihat rakaman video tersebut hendak tergelak apabila muka Bush berubah setelah kasut melayang kearahnya. Kerana ada kamera disekelilingnya, dia berlagak 'cool'. Itulah akibat jika tidak memimpin dengan baik, menggunakan perasaan dan emosi ketika berindak, Allah akan membalasnya pada suatu hari kelak.

Semalam, Allah telah membalas sedikit dan bakal membalasnya dengan banyak pada masa akan datang. Maka, jika telah diberikan amanah oleh Allah untuk menjaga kebajikan rakyat dan negara tersebut, kita hendaklah melakukan dengan sebaik mungkin dan beringat bahawa itu adalah tangunggjawab kepada orang yang dipimpin. Jika tidak dilaksanakan dengan baik, maka Allah akan membalasnya suatu masa kelak kerana Allah Maha Adil.

Pengharaman yoga hina agama Lain?

Kecoh dibuatnya apabila beberapa hari yang lalu Majlis Fatwa telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan yoga yang dipercayai mempunyai unsur-unsur Hindu dan bacaan mantera Hindu. Hal ini telah menimbulkan spekulasi apabila pelbagai pihak telah memberikan respon positif mahupun negatif terhadap isu ini. Seperti yang diketahui umum, senaman ini telah lama diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Namun, elemen yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia ini menyebabkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan aqidah umat Islam. Bagi pihak penganut agama Hindu tidaklah perlu mengambil pengharaman yoga ini secara negative kerana...

Kecoh dibuatnya apabila beberapa hari yang lalu Majlis Fatwa telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan yoga yang dipercayai mempunyai unsur-unsur Hindu dan bacaan mantera Hindu. Hal ini telah menimbulkan spekulasi apabila pelbagai pihak telah memberikan respon positif mahupun negatif terhadap isu ini. Seperti yang diketahui umum, senaman ini telah lama diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Namun, elemen yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia ini menyebabkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan aqidah umat Islam. Bagi pihak penganut agama Hindu tidaklah perlu mengambil pengharaman yoga ini secara negative kerana ia bkan bertujuan untuk menggugat agama Hindu tetapi ia hanya dikhuatiri menggugat keimanan orang yang mengnut agama Islam dan tidak bertujuan untuk menghina agama lain.
Justeru, penganut Hindu perlu faham bahawa pengharaman ini bukan bererti Islam menolak sebarang amalan yang dilakukan oleh penganut Hindu di negara ini tetapi ia hanyalah unutk kebajikan orang Islam dan tidak sama sekali bertujuan untuk mengugat kedudukan penganut Hindu. Maka, hal ini tidak perlulah dibesar-besarkan kerana ianya hanya fatwa yang dikeluarkan untuk kegunaan orang Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat fatwa pengharaman yoga bukan bertujuan mencerca, memperkecilkan atau menghina agama lain, termasuk Hindu, sebaliknya ia sebagai panduan kepada umat Islam.

Beliau berkata, amat malang jika ada anggota masyarakat yang menyifatkan pengharaman senaman yoga yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai serangan ke atas agama mereka.

"Fatwa pengharaman yoga dibuat bukannya kerana orang Islam mempertikaikan agama lain, sebaliknya ia bertujuan untuk melarang penganut Muslim daripada melakukan amalan yang dilarang agama... itu saja.

"Oleh itu, semua pihak tidak harus menjadikannya sebagai satu isu agama, termasuk mendakwa fatwa itu sebagai menghina agama mereka. Saya tidak faham mengapa isu ini diperbesar-besarkan seperti dilakukan sesetengah golongan," katanya selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Bahasa dan Linguistik Antarabangsa: Bahasa Inggeris dan Asia 2008, semalam.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju dengan Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga yang disifatkannya boleh mendorong umat Islam di negara ini tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar.

Beliau berkata, unsur diamalkan dalam senaman itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana mempunyai ciri penyatuan dengan Tuhan dan umat Islam sepatutnya menerima pengharaman itu kerana ia dibuat berdasarkan kajian yang jelas, tanpa cuba untuk mempertikaikannya.

"Dalam fatwa dikeluarkan itu sudah jelas, yoga ini hujungnya ada penyatuan diri dengan Tuhan, bagaimana jaminan manusia boleh bersatu dengan tuhan sedangkan Islam tak bersatu dengan Tuhan, rapat dengan Tuhan tu ada.
"Sama macam amalan lain seperti 'main puteri' yang diharamkan kerajaan Kelantan, dalam permainan itu orang yang mengamalkannya menyebut benda yang dia sendiri tak faham, ada gerak geri tubuh bersama perkataan lain yang dia sebut, tetapi tak tahu maksud, itu tak betul," katanya di sini, semalam.

Secara peribadi, senaman ini memang baik tetapi jika ia mengandungi sesuatu yang boleh menyebabkan syirik kepada Allah kita perlu elakkan kerana bukan ini sahaja cara untuk menjadi sihat bukan? Fikirkan!

Khamis, 27 November 2008

'Dunia' memang mencabar

Beberapa minggu sudah tidak mencoretkan sesutau dalam blog. Sangat rindu rasanya unutk menyampaikan sesuatu yang tidak boleh diperolehi dimana-mana melainkan dengan pergi menghadirinya. Ketika sahabat-sahabat seperjuangan pergi menelaah pelajaran, diriku terpaksa pergi berjuang dimedan yang berbeza yang mana, berjuang menghadapi mad'u secara terus.

Memang, pada mulanya...

Beberapa minggu sudah tidak mencoretkan sesutau dalam blog. Sangat rindu rasanya unutk menyampaikan sesuatu yang tidak boleh diperolehi dimana-mana melainkan dengan pergi menghadirinya. Ketika sahabat-sahabat seperjuangan pergi menelaah pelajaran, diriku terpaksa pergi berjuang dimedan yang berbeza yang mana, berjuang menghadapi mad'u secara terus.

Memang, pada mulanya sungguh asing diriku rasakan. Namun, demi agama suci yang aku telah sematkan di dalam hati ini untuk terus berjuang sekalipun diriku perlu korbankan jiwa dan raga. Setiap saat hatiku berdetik, apakah yang dilakukan oleh sahabat-sahabatku, disaat aku berjuang berseorangan disini?

Memang ada gelak tawanya disini, namun perasaan ini tidak pernah merasakan kegembiraan dan nikmat apabila bersama sahabat-sahabat. Sekarang, baru aku dapat melihat 'situasi' sebenar-benarnya yang membelenggu minda masyarakat. Dari pemerhatian, cara bercakap, pergaulan dan fikrah aku berasa sangat sedih. Benar, Islam adalah agama tetapi yang menyedihkan, nikmat dunia ini menjadikan mereka lalai, alpa dan dalam hati mereka Tuhan itu jauh, bukanlah disisi mereka.

Hanya berasa dekat apabila di dalam keadaan yang sukar dan rumit. Bila kesenangan Allah berikan, mereka lalai. Masya Allah, inilah dunia, penuh dengan nikmat yang manis-manis tetapi kemanisan itu tidak berkekalan hingga ke negeri abadi. Walaupun sudah ditegur berkali-kali, kesannya sama sahaja seperti mencurahkan air didaun keladi. Maksiat terus-terusan berlaku.

Satu lagi sesuatu yang menyedihkan apabila mereka merasakan orang yang thiqah sahaja yang perlu menjaga Islam. Islam itu tidak perlu dijaga, tetapi kita yang harus menjaga diri kita untuk Islam. Demi Islam, kita perlu jaga akhlak, iman dan aqidah. Tanpa senua ini, kita bukan lagi Islam. Paling menyedihkan apabila mereka mengatakan, "Tolonglah jaga Islam."

Adakah hanya individu tertentu sahaja yang perlu menjaga Islam, yang lainnya pula terus melakukan maksiat? Nilailah, dan fikirlah dengan akal dan aqidah yang tersemat dalam hati.

Aku tidak TAHAN!!! Aku mahu kembali bersama sahabat-sahabat. Bila aku fikir sedalam-dalamnya, Allah telah pilih aku untuk berusaha untuk berdakwah kepada mereka. Ya, benar Allah tidak memandang hasilnya berjaya atau tidak tetapi usaha yang kita lakukan, seperti kisah seekor burung kecil yang membawa air di dalam paruhnya untuk memadamkan api yang marak sedang membakar Nabi Allah, Ibrahim Alaihissalam.

Rabu, 5 November 2008

Bertemu Janji ALLAH

Kupasan buku
Bertemu janji ALLAH
~Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati~
Oleh, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebuah buku yang membicarakan dan menghuraikan satu persatu nama kiamat yang juga

Kupasan buku
Bertemu janji ALLAH
~Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati~
Oleh, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebuah buku yang membicarakan dan menghuraikan satu persatu nama kiamat yang juga menggambarkan kejadian pada hari kiamat kelak. Kupasan terhadap nama-nama kiamat memberikan gambaran terhadap perkara yang berlaku di Mahsyar samada ia adalah azab mahupun ke selesaan pada hari tersebut. Sementara menunggu perhitungan dari Allah SWT, pelbagai perkara berlaku antaranya runuthnya langit, ia pecah dan retak seribu dan ia akan jatuh menimpa manusia yang dibangkitkan dari alam barzakh dari zaman Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad. Nyata, penulisan ini sangat memberi kesan yang mendalam supaya tidak meragui hari yang pasti berlaku iaitu kiamat dan tidak leka dalam menjalankan ibadah yang telah diperintahkan oleh Allah demi mendapatkan KeRedhaan Allah.

Lagi lagi Najib



Setelah beberapa dekad, akhirnya tampuk pemerintahan UMNO dan Malaysia bakal menyaksikan satu lagi generasi Tun Abdul Razak akan memerintah UMNO dan Malaysia. Sedikit kejanggalan, apabila Pak Lah berani untuk melepaskan jawatan kepada Timbalan PM ini, walaupun Najib sering...



Setelah beberapa dekad, akhirnya tampuk pemerintahan UMNO dan Malaysia bakal menyaksikan satu lagi generasi Tun Abdul Razak akan memerintah UMNO dan Malaysia. Sedikit kejanggalan, apabila Pak Lah berani untuk melepaskan jawatan kepada Timbalan PM ini, walaupun Najib sering menjadi sasaran untuk serangan melalui hal peribadinya dan kematian model Monggolia, Altantuya Sariibu yang dikatakan berkaitan dengan Najib masih belum terjawab. Spekulsi demi spekulasi menghentam Najib. Belum selesai dengan kes Altantuya, Najib diserang lagi dengan bloggers, Raja Petra yang dikatakan memfitnah isterinya. Kini Raja Petra telah ditempatkan dalam tahanan ISA. Kronologi ‘dunia’ Najib seperti diatur-atur oleh seseorang yang mahu melihat kejatuhannya.

Malangnya, semua ini seperti takdir yang telah ditentukan Allah. Namun, jika kita berusaha Allah akan mengubahnya. Tetapi sebenarnya, dunia politik tidak akan lari dari hasad dengki dan ingin terus berkuasa serta mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya kecuali bagi sesiapa yang memilih politik sebagai medan dakwah dan menegakkan Daulah Islamiyah. Tidak pernah asing untuk melihat ahli politik ini terkandas dalam ‘masalah’ yang menjadi hangat apabila menjadi pengetahuan media. Apabila Najib telah Berjaya dalam pencalonan terbanyak sebagai Presiden UMNO, tentu pemimpin yang berpendidikan Barat ini akan menggunakan ilmu “barat’ nya itu untuk memandu kapal yang bakal dimilikki kelak.

Kelihatan janggal apabila ada pemimpin yang sering sahaja dikatakan seperti ‘cool’ dalam setiap perkara tidak mustahil boleh menjadi dalang disebalik pekara yang masih tidak diketahui ramai termasuk Najib. Sebenarnya ada agenda lain disebalik penukaran kementerian yang dipegang, dari ketenteraan diberi kementerian kewangan pula. Bukankah mudah kita menjatuhkan seseorang apabila kita membuka segala rahsia dan kelompangan dalam satu organisai yang pernah dipegang oleh individu tersebut? Jika benar kita melakukan perkara yang baik, tidak menzalimi rakyat dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri demi mendapat keselesaan, kita tidak perlu melatah apabila orang membuka rahsia ‘kejanggalan’ dalam organisasi berkenaan. Tidak kira melihat semula segala wang dan perbelanjaan yang digunakan untuk aktiviti kementerian tersebut.

Sekarang, dicanang pula, Najib bakal mewarisi kuku besi Chedet. Beritanya seperti dibawah:
Najib pewaris kuku besi Dr Mahathir Amin Iskandar | Oct 17, 08 5:52pm Tidak berapa lama selepas Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan presiden Umno, muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.

Cakap-cakap ini bukan sahaja berlegar di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penentang-penentang Umno, malahan ia turut diperkatakan oleh pemimpin Umno sendiri.

Zaid Ibrahim, yang meletakkan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada kabinet Abdullah ekoran penggunaan ISA baru-baru ini, lantang menyuarakan kebimbangan ramai tentang kemungkinan itu.

Menurut peguam itu, jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, beliau turut meramalkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.

Ini kerana ahli parlimen Pekan - yang hanya menang dengan majoriti 241 pada pilihanraya umum 1999 - dilihat sebagai benteng peninggalan Dr Mahathir di zaman pemerintahan Abdullah.

Ketika Zaid masih bersama kabinet, reformasi kehakiman yang cuba dibawanya – sebagai sebahagian projek reformasi perdana menteri – telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pro-Dr Mahathir yang bernaung bawah payung Najib.

Anak bekas perdana menteri yang kini bakal menduduki jawatan Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menyerang Zaid secara terbuka di Dewan Rakyat dengan mengatakan menteri de facto undang-undang itu melaksanakan "apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat".

Walaupun reformasi kehakiman direstui oleh Abdullah, ia tetap tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno (juak Dr Mahathir) yang jelas menentang segala usaha untuk melaksanakan pembaharuan ke arah memantapkan demokrasi di Malaysia.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.

Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.

Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.

Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.

Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi.

Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.

Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.

Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.

Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.

Selain Dr Mahathir, Lee Kuan Yew dari Singapura juga turut menggunakan alasan yang sama untuk bersikap kuku besi di republik itu.

Sebenarnya alasan tersebut telah dibuktikan tidak benar di Korea Selatan.

Selepas demokrasi dikembalikan di negara tersebut pada tahun 1987, pertumbuhan ekonomi negara tersebut berjalan dengan rancak.

Kini Korea Selatan boleh berbangga dengan pencapaian ekonominya di Asia kerana berdiri bersama-sama dengan Jepun, Singapura dan Taiwan.

Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.

Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.

Sebab itu dalam wawancaranya, Zaid berkata:

Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.

Keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan menuntut perubahan.

Jika Najib mahu meneruskan era kuku besi ala Dr Mahathir, tidakkah beliau takut dengan kebangkitan rakyat?

Jika Mahathir dan Abdullah selamat daripada diturunkan melalui pilihan(jalan)raya, apakah Najib akan mengulangi nasib Soeharto dan Marcos?

Ahad, 26 Oktober 2008

Minyak OH Minyak


Bila berbicara tentang minyak, tentu orang ramai sudah agak ‘muak’ mendengar samada harga minyak akan turun atau tidak. Jika turun, Alhamdulillah save sikit budget tapi, kalau naik ape nak buat dah nasib kita. Baru-baru ini, minyak turun sebanyak RM0.10 untuk petrol dengar khabarnya dalam langkah untuk mengurangkan beban rakyat? Hari ini pula ada lagi pengumuman dari Dato’ Shahrir Abdul Samad yang menyatakan bahawa harga minyak akan turun lagi sebanyak RM0.15 akhir bulan ini tetapi tidak mahu merugikan pengusaha stesen minyak, harga minyak akan diturunkan secara berperingkat.

Bila berbicara tentang minyak, tentu orang ramai sudah agak ‘muak’ mendengar samada harga minyak akan turun atau tidak. Jika turun, Alhamdulillah save sikit budget tapi, kalau naik ape nak buat dah nasib kita. Baru-baru ini, minyak turun sebanyak RM0.10 untuk petrol dengar khabarnya dalam langkah untuk mengurangkan beban rakyat? Hari ini pula ada lagi pengumuman dari Dato’ Shahrir Abdul Samad yang menyatakan bahawa harga minyak akan turun lagi sebanyak RM0.15 akhir bulan ini tetapi tidak mahu merugikan pengusaha stesen minyak, harga minyak akan diturunkan secara berperingkat.

Ini adalah penurunan harga minyak yang kali keempat dalam tempoh 4 bulan ini. Mengurangkan beban rakyat? Kalau betul-betul nak kurangkan beban rakyat kenape naikkan harga minyak semasa bulan Jun yang lalu? Masa bulan Jun dulu kata TERPAKSA ambil keputusan TIDAK popular supaya Negara tidak menanggung terlalu banyak subsidi minyak yang sepatutnya juga ditanggung oleh rakyat. Lepas tu bila dah turunkan kata nak bantu kurangkan beban rakyat. Sejauh mana beban rakyat berkurang? Mungkin harga petrol untuk satu perjalanan lebih jimat tapi berapa liter sangat. Tahu tak yang harga makanan juga naik? Huh, sekali dah naik takkan boleh sesuka hati boleh turun jugak macam harga minyak kot? Kesian kat orang-orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ntah sempat ke tak menjamah nasi sejak harga minyak naik ni.

Ada lagi kemungkinan kerajaan turunkan minyak, tapi yang ni memanglah tak keluar surat khabar, sebab takut kat kerajaan impian Anuar. Baru berasa ‘duduk atas bara api’. Sekarang baru terasa panas bara api tu. Kalau Anuar tidak mencanag-canagkan jika dia boleh menjadi PM apa yang dia akan lakukan, barulah pihak kerajaan sekarang terkocoh-kocoh nak cari jalan supaya memberikan mata-mata rakyat melihat bahawa pihak kerajaan juga mampu menurunkan harga minyak. Apa yang paling tak tahan sekali, bila lepas harga minyak turun mesti tukang ampu kerajaan ni kata “Ha, tengoklah, kerajaan pun mampulah turunkan harga minyak, dah, tak payah layan dan undi Anuar tu. Dia bukannya mampu menukar kerajaan seperti yang dia katakan bahawa 16 September itu, kerajaan akan bertukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat. “ Cubalah kita sematkan sesuatu yang memikirkan mengenai masalah pengurusan ‘negara’ kita ini bukannya sibuk nak ganyang penyokong yang sana atau pun yang sini. Semoga apa yang kita perjuangkan bukan untuk kepentingan diri, malah untuk kepentingan semua dan untuk hari akhirat yang pasti.
Wallahu’alam.

Isnin, 13 Oktober 2008

Pak LAH leLAH?


Beberapa hari yang lalu, kenyataan PM yang ingin memberikan ruang kepada Najib saya anggap ini adalah satu tindakkan yang berani.Namun, jika kita lihat, satu persatu Pak Lah berikan kepada Najib. Tahap prestasi Najib semakin baik agaknya, sehinggakan sesuatu perkara yang sepatutnya diuruskan oleh Pak Lah diberikan kepada Najib: kementerian kewangan.

Tindakkan yang cukup-cukup berani ape tidaknya, setelah memberikan 'kewangan' negara kepada Najib, sekarang, jawatan presiden milik Najib. Saya terfikir adakah Pak lah sudah leLAH untuk mengawal kewangan negara dan pergelutan dalam UMNO?





Beberapa hari yang lalu, kenyataan PM yang ingin memberikan ruang kepada Najib saya anggap ini adalah satu tindakkan yang berani.Namun, jika kita lihat, satu persatu Pak Lah berikan kepada Najib. Tahap prestasi Najib semakin baik agaknya, sehinggakan sesuatu perkara yang sepatutnya diuruskan oleh Pak Lah diberikan kepada Najib: kementerian kewangan.

Tindakkan yang cukup-cukup berani ape tidaknya, setelah memberikan 'kewangan' negara kepada Najib, sekarang, jawatan presiden milik Najib. Saya terfikir adakah Pak lah sudah leLAH untuk mengawal kewangan negara dan pergelutan dalam UMNO?atau Pak Lah sudah leLAH mendengar desakan demi desakkan yang diberikan kepadanya ketika Barisan Nasional telah hampir kaLAH dalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya secara ikhlasnya ingin memberikan pandangan terhadap perkara ini. Saya percaya dan yakin, pelabur asing tentu tidak mehu unutk melabur di negara kita buat jangka masa yang terdekat ini b erikutan dengan pergolakkan politik dalam negara kita. Saban hari didada akhbar merencanakan isu-isu UMNO. Adakah akhbar di Malaysia ini hanya dibayar untuk memberikan liputan tentang UMNO? Tentu Pak LAH leLAH memnikirkan hal ini. Maka, ancaman media ini juga mungkin menyebabkan Pka LAH sudah leLAH memikirkan perkara yang perlu beliau ambil untuk menyelesaikan isu-su dalam negara.

Kurangkah kredibiliti Pak LAH? Mungkin beliau memerlukan sesuatu yang boleh mengasah ketajaman akal supaya dapat memikirkan secara pantas jalan penyelesaian. Atau, mungkin Pak Lah terlalui beraLAH dengan rakyat? apa yang rakyat mahu semua diturutkan sehingga penyebabkan diri sendiri yang terkorban...


Tentu... pembaca sekalian boleh memikirkan jawapan yang sebenar, saya sekadar mahu bermain teka-teki. Mari kita lihat... siapa yang kena!
Dengar-dengar, pihak Pakatan Rakyat sudah menubuhkan kabinet yang cukup unutk memerintah. Tapi tiba-tiba rasa takut sebab bila kuasa pemerintahan beralih, orang yang belum mampu mengawal dan tidak boleh menerima sesuatu secar drastik tentut akan bertindak secar melulu. Jika benar, perubahan kerajan seperti yang dihebahkan 16 September lalu menjadi kenyatan... bersedialah menerima dengan hati yang terbuka. Cukuplah negara ini terus menjadi jajahan 'dulu, kini dan selamanya'. Kita harus berubah!!! Pak Lah juga mahu berubah!
Hidup Pak Lah!!!

Rabu, 8 Oktober 2008

Eid Mubarak!

Salam Aidilfitri buat semua pelawat blog ini. Semoga lebaran yang baru kita sambut ini memberi lembaran baru buat semua umat Islam. Hari ini baru sempat aku meluangkan masa untuk menulis di blog ini. Sudah lama rasanya tidak berceloteh dan menjadi tatapan pengujung sekalian. Almaklumlah, bila sudah balik ke kampung halaman, tiada wireless mahupun broadband manalah sempat untuk buat post yang terbaru. Semalam, sementara tengah cari input untuk assignment, terasa gatal pula jari-jari ini nak tengok blog. Adalah blog sahabat nie yang baru di update lepas raya kata alasan sahabat-sahabat seperjuangannya tidak update blog kerana masih dalam mood raya, sibuk kira duit raya tapi biarlah aku menjawab alasan itu mungkin benar bagi orang lain tapi aku selepas raya nie... kerja melambak-lambak datang. Memanglah sebelum raya buat jugak tapi tetiba datang... susah la nak explain tapi tak pe, syukran kepada sahabat yang berkenaan kerana buat aku terasa dan terus nak update blog.

Rabu, 24 September 2008

Sinar Kegembiraan...


Setelah berpuasa sebulan, tiba pula bulan yang diertikan sebagai bulan kemenagan iaitu Syawal. Keberkatan ramadhan mungkin tidak boleh dibanding dengan bulan yang lain, namun setiap bulan Islam terdapat keistimewaannya tersendiri. Tentu sekarang ramai yang sedang sibuk mencari baju baru,kuih raya dan pelbagai lagi persiapan yang saya kira bukanlah sesuatu yang penting.

Apa yang penting adalah mengejar pahala yang masih dicurahkan oleh Allah dalam Ramadhan. Bukanlah bersekang mata unutk membuat kuih atau baju raya tetapi, bangun malam untuk merebut pahala yang bakal berakhir pada malam Syawal. Mungkin ada sesetengah yang berpendapat " Ala, tahun depan kan ada" adakah kita yang boleh menentukan ajal kita pada tahun depan masih ada? Tahun depan masih ada namun, adakah kita juga masih ada seperti 'tahun depan'?

Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan pemergian ibu sahabat saya. Bayangkan seorang ibu meninggalkan kita buat selama-lamanya dalam Ramadhan. Alahamdulillah Allah telah takdirkan ibu ini terlepas dari azab kubur.Hati ini pasti sayu pada pagi Syawal. Selalunya, DIAlah yang sibuk menyediakan ketupat, memasak rendang, menyediakan kuih raya dan menghias rumah.Kali ini, hari lebaran disambut dengan hambar. Tanpa limpahan kasih dan sayang seorang ibu. Tangisan sudah tidak berguna apabila mengenangkan kesalahan kita terhadapnya pada masa lalu.

Oleh itu, sahabat-sahabt, bersama-sama kita manfaatkan masa kita bersama ahli keluarga yang tersayang pada hari lebaran ini. Bermaaf-maafan, curahkan kasih sayang selagi mereka ada disisi. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana kematian itu ada dimana-mana tidak kira tempat mahupun waktu. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh ibu sahabat saya dan semoga ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Diharap Syawal ini bukan sahaja kita bergembira malah mengingati orang yang tiada.Serta tidak dilupakan fakir dan anak-anak yatim, doakan mereka semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Tentunya mereka merasaka bulan Ramadhan dan Syawallah waktu mereka bergembira dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan bila bulan ini berakhir, adakah ada golongan yang masih prihatin terhadap mereka? Ada, namun bilangannnya tidaklah sebanyak pada bulan Ramadhan dan Syawal.

Semoga hari lebaran yang mendatang membawa erti yang besar, bukan sekadar meraikan kejayaan berpuasa dibulan Ramadhan, tetapi lebih dari itu.

Salam Aidilfitri.

Selasa, 9 September 2008

Ajaibnya RAMADHAN



Menjalani hari-hari dalam bulan yang penuh barakah ini, diriku ingin membicarakan tentang sesuatu yang mungkin sahabat semua mungkin tidak terfikir atau terlepas pandang. Heningnya keadaan surau. Apabila Ramadahan tiba, tentu semua orang melihat fenomena membanjiri masjid sebagai satu kewajipan. Kadang-kadang tiada satu ruang pun unutk mencelah ke saf hadapan.

Namun, bila Ramadhan berlalu? Berlalulah semua orang dihadapan masjid, tergesa-gesa unutk pulang ke rumah selepas waktu pejabat dan tidak akan datang membanjiri masjid pada waktu Isyak seperti yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Itulah keajaiban Ramadhan. Allah gerakkan hati-hati manusia yang tidak pernah menlangkah ke masjid atau surau-surau yang berdekatan datang memeriahkan rumah Allah pada bulan yang datangnya limpahan pahala dan rahmat.

Apakah kita sedar yang kita lakukan selama ini hanya mewajibkan diri hampir ke surau pada sebulan setahun? Bagaimana kita isi masa dan raung yang ada pada hari-hari dan bulan-bulan biasa? Tidakkah ia satu yang merugikan padahal pada bulan Ramadahan boleh sahaja ramai-ramai datang mengimarahkan surau. Pada bulan biasa? Tidakkkah kita mempunyai lebih banyak masa? Atau gandaan pahala yang besar yang telah dijanjikan Allah pada bulan Ramadhan ini yang kita kejar?

Tepuklah dada tanyalah iman. Adakah kita benar-benar ikhlas ke masjid-masjid pada bulan puasa kerana Allah? Atau sekadar mahu menutup malu, apa kata orang kalau kita tidak ke masjid pada malam hari selepas berbuka puasa? Apa kata orang jika aku tidak ke surau atau masjid unutk solat tarawikh? Apakah kita perlu memperdulikan 'apa kata orang'? Bagaimana dengan 'APA KATA ALLAH'? yang mana satu kita beriman sebenarnya? yang mana satu sepatutnya kita takut sebenarnya?

Fikir-fikirkan!

Selamat manjalani ibadah puasa dan merebut pahala di bulan ini!

Rabu, 3 September 2008

Malam Merdeka VS 'Virus'





Malam kemerdekaan memang malam yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira kaum dan agama, semuanya sibuk untuk sama-sama meraikan malam untuk menunggu tibanya detik 12 tengahmalam, iaitu tanggalnya 31 Ogos. Namun, apa yang paling menyedihkan, semua yang hadir untuk meraikan bersama 'teman' istimewa kiranya ia adalah satu detik yang tidak boleh dilepaskan.

Dari tahun, ke tahun selepas sambutan hari kemerdekaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya semakin menular. Mungkin didada akhbar arus perdana tidak pernah menerobos diwaktu selepas detik merdeka kerana bagi mereka selepas waktu itu tentunya semua orang yang hadir akan terus bersurai.

Realiti hari ini berbeza dari pandangan 'hati putih' masyarakat yang mana selepas sambutan kemerdekaan ramai gadis-gadis mengorbankan atau dikorbankan dara mereka. Adakah ini yang kita mahukan apabila menyambut kemerdekaan setiap tahun? Tidakkah ada pihak yang prihatin membantu anak muda yang kekeringan moral ini?

Inilah benih yang kita tabur 51 tahun dahulu yang telah menghasilkan buah-buah yang beracun dalam masyarakat. Masyarakat, fikirlah! Adakah kita mahu masa depan anak muda yang mewarisi masa hadapan untuk memimpin negara tidak moral? Apakah sebenarnya yang kita kurang dalam memberikan didikan akhlak serta didikkan moral kepada mereka? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Jika disekolah tentu guru yang akan dipersalahkan, apabila ditanya ibubapa tentunya mereka mengharapkan anak mereka boleh menjadi seorang 'insan' apabila dihantar ke seolah. Bagi mereka, disekolahlah tempat untuk anak-anak mereka belajar menjadi 'insan'. Tapi adakah ini berlaku disekolah sekarang?

Kementerian pendidkan pun telah ditukar kepada kementerian pelajaran kerana pihak berwajib mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mendidik anak muda. Berbezakah pelajaran dan pendidikan?

Pelajaran ialah hanya merangkumi pengajaran yang disampaikan kepada seseorang. Manakala pendidikan ialah mendidik dalam aspek yang lebih luas iaitu bukan hanya memberikan ilmu malah mengajar ilmu metafizik dalam diri anak muda. Masalah yang dihadapi oleh generasi masa kini ialah mereka telah didoktrinkan dengan pemisahan aktiviti dan ketuhanan yang lebih berbentuk etika.

Adakah negara kita juga mahu menuruti langkah negara barat yang penuh dengan masyarakat yang tidak mengenal erti moral dan etika terhadap diri dan Tuhan. Anda mahukan masyarakat pada masa hadapan yang bagaimana?

Pilih halatuju hidup anda dan cuba rungkaikan apakah masalah masyarakat yang tenat menjagkiti masyarakat kita? Adakah virus-virus negara barat cuba menjadi sel kanser yang menyebabkan masyarakat pada masa kini lemah moral serta etika.

Inikah yang kita mahu? Fikirkan!

Isnin, 25 Ogos 2008

Betul ke tidak??

Imam minta maaf sebab jadi saksi sumpah Saiful.

PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah.

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_

siapa dipihak yang benar dan siapa di pihak yang salah?
Anda sendiri menilainya!!
Bagi penulis, kenapa Imam minta maaf hanya kerana menjadi saksi? Hal ini membuktikan apa ya? tepuk dada tanya hati!
fikir-fikirkan!

Rabu, 20 Ogos 2008

Seperti Mimpi



Semalaman aku memikirkan tentang kejadian itu. Malam itu, diriku tidak dapat lena kerana memikirkan lagi kejadian itu. Sungguh, aku sangat terkesan dengan kejadian itu. Kadang-kadang sang hitam mempengaruhi diriku menyebabkan fikiranku menerawang memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kejadian itu, pada malam itu, sangat memberikan trauma kepada diriku. Walaupun aku tidak terlibat dalam kemalangan pada malam itu, aku sangat terkesan. Perasaanku ketika itu, tidk aku tahu bagaimana untuk menjelaskannya. Perasaan yang bercampur baur, risau, sedih, letih dan cemas... aku tidak tahu bagaimana nak jelaskannya.

Kadang-kala aku rasa jiwaku kosong.. kelam.. gelap.. kerana memikirkan sahabatku yang ditimpa kecelakaan. Darah yang mengalir deras dari kakinya menyebabkan aku semakin panik.. Tidak terkata, hanya menghayunkan tangan menunjuk-nunjuk kearah kakinya itu. Namun, demi dia, aku memberanikan diri untuk mengarahkan sahabatku yang lain untuk menghantarnya dengan motor yang aku naiki, aku segera turun. Dalam keadaan menggeletar, aku berdoa agar mereka selamat sampai ke Pusat Kesihatan. Aku sangat mengharapkan mereka selamat dan janganlah Allah timpakan satu lagi musibah buat sahabatku.

Motor yang terlibat dalam kemalangan tadi tidak dapat dihidupkan kerana minyak habis. Memang agak kelakar jika difikirkan... kenapa tak pegi isi minyak dulu? Sebab meter motor tersebut tidak berfungsi dan ini sangat merbahaya. Bayangkan jika masih berada ditengah Lebuh Raya?

Sementara menunggu bantuan sahabat yang membeli minyak, aku dan sahabatku yang terlibat dalam kemalangan tadi terdiam. sunyi~~~ Hanya deruan enjin motor, kereta, bas dan teksi mengaum ditelingaku. Aku mula memberi kata-kata semangat buat sahabatku. Jangan risau sangat, Insya Allah tak ade ape-ape... Harap-harap diorang sampai kat Pusat Keihatan ye. Sahabatku meluahkan kerisauannya, Risau je, diorang tak sempat nak sampai Pusat Kesihatan sebab minyak motor yang tu pun dah nak habis...

InsyaAllah sempat... sahutku ringkas. Tapi perasaanku tidak tenang masih lagi terkesan apabila melihat motor yang meluncur secara tiba-tiba disebelahku melanggar tiang lebuh raya. Kejadian yang baru sahaja berlaku itu menerawang dalam fikiranku.

Lama juga aku dan sahabatku menunggu bantuan... Ramai yang melalui jalanraya tersebut tetapi, hanya MELIHAT, MELIHAT, dan MELIHAT. Tiada pun yang berhenti untuk membantu.Aku paling terkilan apabila orang Islam... tidak seorang pun berhenti atau bertanya tentang keadaan kami di situ. Orang yang bukan Islam, pula yang prihatin bertanyakan tentang kami dan sanggup hendak membeli minyak motor jika belum ada yang membeli.

Aku kesal, kesal dengan mentaliti dan sikap orang Melayu... Melayu Islam sedih, sedih. Dimana letaknya budi pekerti orang MElayu yan dahulu disanjung? Takkanlah nk tolong orang yang kemalangan pun susah? Bayangkan kalau yang kemalangan itu saudara, kakak atau adik mereka. Yang mereka mampu laukan iaah tengok. Paling menyakitkan hati semasa kemalangan tersebut, ada yang membunyikan hon.

Aku malas berceloteh tentang orang Melayu. Jika nak dibahas, buang karan aku jer....

Apabila bantuan sampai, aku sedikit lega. Tapi sahabatku menyatakan bahawa dia tidak mahu membawa motor tersebut kerana takut. Tetapi, sahabat yang memberikan bantuan memberikannya semangat dan aku turut menyokongnya.

Kami segera ke Pusat Kesihatan untuk mengetahui keadaan sahabatku. Alhamdulillah, aku tersenyum lega kerana sahabatku yang cedera telah dirawat. Tetapi aku melihat wajahyna seperti baru selepas menangis. Mungkin sakit fikirku. Aku mendekatinya. aku bertanya akan keadaannya. Dia berkata dia tidak apa-apa cuma luka sedikit. Aku tidak percaya kerana darah yang mengair dari kakinya deras seperti air paip yang mengalir. Kemudian dia berterus terang bahawa lukanya dalam, tisu di tempat cedera telah terkoyak teruk.

Aku segera memberikan kata-kata semangat kepadanya. Tiba-tiba dia berkata kepadaku. Tau tak tadi masa tengah dirawat saya fikir apa? Saya fikir saya akan pergi tinggalakan kamu. Seluruh badan aku terasa lemah apabila mendengar perkataan itu dari mulutnya. Hish, jangan mengarut! Aku marah kerana dalam keadaan yang sedemikian dia tidak patut mengeluarkan kata-kata itu. Aku terduduk kerana tidak dapat menahan lagi perasaan itu. Sedih!!! Tidak aku sanggup kehilangan sahabatku itu. Tapi pada waktu itu air mata tidak mengalir kerana aku masih mampu menahannya.

Setelah selesai berurusan di Pusat Kesihatan, kami semua segera pulang. Dalam keadaan letih, ketakutan, terkejut aku menasihati sahabatku yang cedera supaya berehat.

Keesokkan harinya, aku dan semua yang terlibat pada malam tadi, mengimbas, takdir Allah hanya untuk memberikan peringatan kepada umatnya yang mungkin terlupa...
Mungkin musibah yang lebih besar berlaku jika Allah tidak mentakdirkan motor itu berlanggar dengan tiang Lebuh raya. Mungkin... dua sahabatku digilis dengan kereta yang meluncur laju dihadapan.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang Esa. Aku tidak mampu membalas apa yang Engkau berikan kepada kami. Nikmatnya... terlalu besar. Inilah hikmah yang Engkau mahu berikan kepada kami.

Aku berdoa agar sahabatku cepat sembuh dan boleh meneruskan perjuangan berjihad dijalan Allah.

p/s semoga pembaca mendapat pengajaran, Bahawa MATI itu dimana-mana bersedia atau tidak kita, itu tidak boleh dikira kerana ajal dan maut tidak boleh diduga... semoga apa yang kita hendak lakukan selepas itu, niatkan kerana Allah, InsyaAllah, jika Allah tarik nyawa kita diwaktu itu, ia dikira Ibadah disisi Allah.

Selasa, 12 Ogos 2008

Luahan Rasa

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh harapan. Selagi nyawa ini belum terputus, aku mahu teruskan perjalana hidup ini untukMu. Hanya kuharapkan tiada getir, perit dan jerihnya perjalananku ini menjadi satu kelalaian kepadaku. Tidak pernah aku merasakan satu yang paling menggembirakan melainkan melakukan sesuatu yang Engkau redhai.

Kebelakangan ini, diriku sering mengeluh. Tidak, aku tidak harus terus begini. Aku harus teruskan perjalananku ini kerana inilah jalan yang aku pilih dan bukan atas keputusan orang lain. Aku tidak harus berterusan mengeluh. Keluhan itu seperti tidak mensyukuri apa yang terbaik DiriNya lakukan dan berikan kepadaku.

Hari itu, aku tersedar kembali tatkala sedang bersama-sama ashabiku. Dalam keresahan, kuukir jua senyuman supaya diriku mendapat kekuatan itu dari senyuman ashabiku. Kadangkala aku sedih, kerana aku tidak dapat berikan yang terbaik dikala DiriNya dan ashabiku perlu.

Sejauhmana kaki ini melangkah untuk meraih nikmatMu yang paling besar, belum boleh diukur. Hanya diriMu sahaja yang benar-benar memahami diriku. Tiada yang lain, selain DiriMu tempat aku merintih dan merayu.

Tentu pembaca tidak memahami apa yang disampaikan oleh penulis. Ini sekadar luahan hati kecil penulis. Semoga medan tulisan ini menjadi tempat yang lebih bermanfaat.

Selasa, 5 Ogos 2008

KIDS in JAIL!!! HeLp ThEm!

Iraq's Home-jailed Kids
By Afif Sarhan, IOL Correspondent

BAGHDAD— Dina Abdel-Rahman spends the long weary hours of the day recalling the times when she used to go to school with her mates and play outside her house.
"I miss the life I had before when I was able to go to school and play with my colleagues," recalls the 9-year-old.
"Sometimes I feel so sad that I think I will die."


A small and innocent kids who never know about anything be a victim of the 'war' set by America. The only she know is fear and death anytime awaits her...

A year ago, Dina's parents pulled all their kids from school after the tragic death of their 10-year-old son in the spike of violence in their Baghdad neighbourhood.
Since then, she has been confined to her home.
Dina rarely sees anything beyond their doorstep, prevented even from playing with other kids outside.
"Since my brother was killed, my parents don’t allow us to go outside without their presence and it happens very rarely," she says.
"I miss being able to play with my friends, exchange dollies and visit their homes. My mother tries to improve the mood by playing with me but it isn’t the same."
Hayder Issan, 11, has also been locked up in his home for a long time.
"My mother doesn’t allow me out…When she tells me I can not go, she cries."


See, she loose her mother, because of the war that never sounds to ends...

Like Dina, the Baghdadi kid craves to the days when he used to go to school and enjoy the sunshine and breeze outside his house.
"It has been a hard time for me."



Fearful

Dina's mother helplessly watches her child looking out of the window, trying to catch a glimpse of the outside world.
"I know that sometimes my children get sad and cry asking for some freedom," she says.
The grief-stricken mother is still haunted by the memory of her child who was killed leaving school.
"I don’t want to lose another one," she said choking at the bitter memory.
"People might say that it will affect their mental health, however, in the future we can take care of this because it is better than losing them," she argued.
"Until the security improves, they will have to stay home."
According to the UN, more than 110 children had been killed and nearly 95 injured in attacks on schools since 2005.
The numbers do not include children killed or injured on their way to or from school.
According to a report released last year by NGO Save the Children, 818,000 primary school-aged children, representing 22 percent of the student population, were not attending school.



For sure, as a Malaysian, we never know how the suffer of these people. Now, what we do to help them? They are muslims, we also muslims! So what we do to help them? Do we have to keep waiting to make the war stop? I don't think it will be an ending except we are facing the Kiamat! Do we still have to wait and obey to the power veto of PBB to stop? They never let it to be!!



Scarred

Experts say that families, haunted by the spectre of violence, are not aware of the severe psychological distress their children suffer while being locked up.
"If those children didn’t have one day of freedom since they were born, maybe they would not feel this huge difference," says Dr. Fu'ad Aziz, a Baghdad-based psychologist.
"But since they had a normal life once, the shock of their new condition can cause mental disturbances for the rest of their lives."
The expert recalls the case of a kid who was so traumatized that he tried to commit suicide.
"After long treatment, we found out that his problem was being a home prisoner.
"This child was suffering from a deep depression and until now he is receiving psychological treatment as well as medication."
Dr. Aziz is very critical of overprotective families who go as far as banning kids from going to school.
"Taking children out of school is unacceptable. It is the only place in Iraq today where they can have the minimum of autonomy and liberty."
For Issan, the Baghdad child, its difficult to understand his parents' fears.
"There are days when I wake up with an uncontrolled desire to go to school, sit outside my home or play with my friends," he says.
"Sometimes, you prefer to get killed playing than to live forever as prisoner inside your own home."


Do you prefer to hiding or giving your life to the terorist? Or we still think that the muslim are terorist? Who the real terorist? Who setup to killing old peolple, women and kids during the war?

Let's think and please think about them..... fear, suffer, scared and all horrible thing just come to them. But we just give our sympatize, please, please pray for them and never, never, never stop pray for them. Hopefully Allah always be there to give up the miracles!






p/s the yellow words is from my opinion...

Jumaat, 1 Ogos 2008

ketika diri ini...

Keheningan pagi, kedinginan yang mengigit tulangku, aku terasa lemah. Saat pagi menjelma, diriku tidak mampu untuk bangkit kerana mata itu bersekang di malam hari.


Inilah coretan seorang pejuang kecil, sedang sahaja melelapkan mata, merebahkan badan yang sudah tidak bermaya. Masa seperti mencemburui ruang yang ada pada pejuang kecil ini untuk merasa nikmat istirehat. Ruang yang ada sungguh sempit, terhimpit.

Melainkan, apabila mengingatkan janji yang pernah dilafazkan, diikrarkan dan dibisikkan dalam hati nurani untuk berjuang dijalan Allah, kelemahan tadi tidak terasa. Malah, nikmat apabila masih letih yang mengubat jiwa ini. Ketika jiwa terasa kosong, ketika jiwa terasa hambar, ketika jiwa terasa terasing, KalamMu menjadi penawar hatiku.

Terasa tenang disaat ini, selepas mengalunkan gema wahyu yang teragung. Pilunya rasa didalam jiwa ketika ujian datang melanda bukan menguji sekadar sahaja. Namun, apa yang terbaik itu datang ketika tidak aku sedri. Ujian ini mengajar aku sesuatu. Jika tidak aku hadapi, aku tidak akan dapat merasainya sehingga kapan pun.

Pelayaran ini, tidak akan ada penghujungnya selagi tidak berjumpa dengan daratan kerana ‘laut’ ini masih terbentang luas untuk aku mencari sesuatu yang aku perlukan dalam menghadapi musuh-musuhku. Mindaku telah diracuni, ku tidak dapat membendungnya melainkan dengan rintihan kepada Rabb di pagi yang berembun.

Keampunan, keafiatan dan kebaikkan itu perlu diraih dari Rabb. Tiada satu apa pun yang boleh memahami secara tepat apa yang diluahkan dikala duka, taubat, dan kebahagiaan melainkan Allah S.W.T.

Khamis, 24 Julai 2008

Bulan itu, kembali!

Setahun sekali, kita tentu berhadapan dengan tiga bulan mulia dan amat dinanti-natikan oleh seluruh umat Islam. Bulan Rejab, Sya'ban, dan Ramadhan telah memberi pelbagai cara umat Islam mewarnakan hari-hari di dalam tiga bulan ini.


Kepada orang-orang yang masih belum lagi menggantikan puasanya yang telah ditinggalkan tahun lepas tentu mengambil kesempatan untuk berpuasa pada dua bulan ini kerana Ramadhan bakal menjelang.


Hari ini, tanggal 21 Rejab tinggal beberapa hari lagi untuk kita meninggalkan bulan Allah ini. Fadhilat dalam bulan ini sangat banyak seperti bulan-bulan yang lain. Setiap bulan mempunyai kelebihan yang sangat berbeza dan unik.


Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Tika kedinginan pagi juga jangan lepaskan peluang untuk merintih dan mendapatkan cinta dari Allah SWT.

Semoga Allah menghitung apa yang kita kerjakan ini supaya mendapat keredhaan daripadaNYA.





Isnin, 21 Julai 2008

Dunia Mengecil?


Zaman dahulu kala, ketika bumi ini tiada yang tahu bentuknya seperti bola, ramai yang berkelana ke lautan sangat takut untuk berlayar jauh ketengah meredah ombak dan badai yang lebih hebat. Kenapa?




Pada waktu tersebut, mereka merasakan bumi ini tentu ada penghujungnya dan sesiapa yang berlayar jauh dari lingkungan yang mereka anggarkan, tentu mereka akan jatuh kebawah seperti Niagara Falls yang tinggi dan curam.



Namun, tiada siapa yang menyangka bahawa bumi ini wujud dalam bentuk yang sangat unik dan tidak menyebabkan sesiapa yang berada diatasnya jatuh ke angkasa raya.


Tidak seorang pun pada zaman dahulu akan berfikir yang dunia ini semakin mengecil. Mustahil bumi yang statik ini mengecil? Mengecil dari segi ingin mengetahui segala-galanya di dunia ini. Hanya dengan menekan satu jari, apa-apa maklumat yang diperlukan di dunia ini akan diketahui oleh sesorang itu walaupun dia tidak pernah ke tempat tersebut.



Dalam hal globalisasi ini telah memperlihatkan kebesaran dan ketinggian ilmu Allah yang tidak terbanding luasnya. Sesekali terasa betapa kerdilnya manusia ini, adapun manusia yang telah membuat ciptaan demi ciptaan untuk memberi kemudahan dan keselesaan pada manusia sendiri, tetapi semuanya datang dari ilham yang diberikan oleh Allah S.W.T.



Jaringan perhubungan tanpa wayar juga telah berlaku. Betapa kecilnya dunia ini telah kita terokai satu demi satu dengan hujung jari sahaja. Betapa kecilnya dunia ini jika dibandingkan pada zaman dahulu kerana dahulu tidak wujud lagi ciptaan yang hebat ini. Jika dahulu, ingin mengenali dan mengetahui bagaimana keadaan negara China, perlulah menarik sauh dan berlalu dari pelabuhan untuk mengharungi badai dilautan untuk sampai ke China dan menambah maklumat tentang China.



Sekarang hanya beberapa ketukkan jari-jemari di atas 'keyboard' kita boleh mengetahui pelbagai maklumat mengenai negara China walaupun tidak pernah ke sana.



Renungkan sejenak, kebaikkan teknologi yang kita ada sekarang. Implikasi keatas setiap apa yang kita ada telah memberikan suatu pengajaran yang cukup besar dan bermakna dalam mencari dan menerokai Ma'rifatullah.

Isnin, 14 Julai 2008

Merentasi 50 tahun merdeka...





Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51.


Namun, apabila kita singkap kembali kadar sosial, dakwah orang Islam tidak meluas. Sepatutnya, apabila kemerdekaan yang menjangkau usia sebegini ini populasi orang yang memeluk Islam sepatutnya lebih ramai daripada orang yang bukan Islam.


Namun, semakin lama situasi untuk memahami umat Islam semakin kusut apabila salah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam semakin rumit. Hal ini semakin kritikal apabila orang Islam sendiri tidak dapat mengamalkan Islam secara menyeluruh. Hakikatnya, Islam yang diajar itu sudah cukup indah dan sempurna. Inilah kesalahan orang Islam yang tidak pernah peduli untuk cuba menyelesaikan salah tanggapan ini terhadap orang bukan Islam.

Penulis tidak bermaksud untuk menjadikan orang Islam dan bukan Islam bergaduh, tetapi biarlah kita sama-sama memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, disebabkan orang Islam diberi keutamaan di negara ini sebagai salah sebuah negara Islam. Oleh itu, jika orang bukan Islam melakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti orang Islam, orang Islam akan terus melenting.

Cuba kita fikir balik pernyataan tadi berdasarkan cerita ini. Satu perjumpaan diadakan beberapa rtahun lalu, bersama orang cina yang berada di satu kawasan telah diadakan dalam usaha untuk membawa mereka memahami Islam. Situasi tersebut sangat meriah namun, semua orang cina 'menarik muka' apabila makanan yang dijamu kepada mereka berasaskan daging. Benarkah rakyat di Malaysia hidup berbilang kaum ini betul-betul mengenali dan memahami agama yang lain di Malaysia?

Cerita yang dinyatakan tadi jelas menunjukkan rakyat di Malaysia seolah-olah tidak 'mahu' ambil peduli mengenai agama lain. Menghidang daging kepada kaum cina yang menganut agama Buddha seharusnya dijadikan iktibar kerana tidak semua bangsa cina yang menganut agama Buddha makan makanan yang berasaskan daging. Bayangkan kita di letakkan dalam situasi mereka? Mereka menjemput orang Islam memakan daging khinzir. Tentunya kita terus akan melenting dan terus menuduh bahawa mereka tidak menghormati agama kita.

Fikirlah secara mendalam adakah kita juga menghormati agama mereka? Bukankah sebelum kita mahu orang menghormati kita, kita sepatutnya menghormati orang lain terlebih dahulu? Koreksi diri, renungkan kembali betapa lesunya perjuangan orang Islam di Malaysia dalam memastikan orang berlainan agama meletakkan persepsi yang paling baik untuk agama yang paling sempurna dan tiada tolok bandingnya ini. Tidak cukupkah 50 tahun kemerdekaan yang ita kecapi untuk menjelaskan salah tanggapan ini kepada mereka yang mungkin tercari-cari jalan kebenaran dan sedang menuju untuk mengenali agama Allah ini.

Siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara ini melainkan kita penganut agama Islam...
Wallahua'lam.

Khamis, 10 Julai 2008

Kes Liwat dan MPP?





Sungguh sedih dan memalukan apabila seorang bekas MPP telah terllibat dalam kes liwat ini. Tentunya dipihak kita tidak diketahui sejauh mana kebenaran terhadap laporan kes tersebut. Namun, Allah Yang maha Tinggi tahu sejauh mana kebenaran cerita ini. Tentunya Allah hendak menunjukkan sesuatu dalam jalan hidup bekas MPP ini.


Sebagai orang yang berada dalam kampus sekarang, saya merasakan imej mahasiswa yang baik telah dicalarkan oleh saudara Mohd. Saiful ini telah mencalarkan imej MPP. Tentu berlegar-legar dibenak masyarakat sekarang adakah mahasiswa zaman ini tidak boleh mengenal erti baik buruk? Kes ini tentu terkesan dalam minda masyarakat terutama di kawasan yang agak jauh dengan bandar dan kurang memahami mahasiswa. Pastinya selepas ini suara mahasiswa tidak lagi boleh didengari oleh mana-mana pihak. Kerana... persepsi telah berubah apabila wakil pelajar telah terlibat dalam kes seumpama ini.


Atau... sebenarnya ini hanyalah provokasi untuk menekut-nakutkan pemimpin KeAdilan yang di war-warkan akan mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat pada September kelak.


Atau... adakah ini sebenarnya gimik politik semata-mata?


Atau... pilihanraya kampus perlukan calon-calon yang benar-benar boleh memimpin dan menjadi suara sebenar untuk pelajar bukan kerana hendak popular semata-mata mahupun hendak mendapat autoriti yang lebih banyak dari pihak universiti.


Bukakan pemikiran... pemilihan pemimpin bukanlah melihat kepada rupa mahupun kepetahan berkata-kata tapi ingin merasakan diwakili oleh sesorang yang boleh diharap untuk menjadi suara mahasiswa dalam pelbagai aspek.

Lihatlah mahasiswa, fikirlah mahasiswa...

masa depan terletak ditangan mahasiswa yang memimpin sekarang kerana merekalah pemimpin masa hadapan.







Selasa, 24 Jun 2008

Amerika mengalami zaman gelap

Mengalami zaman gelap menyebabkan satu dunia huru-hara. erasan atau tidak? Amerika sedang mengslsmi zaman gelap? Buktinya, situasi di Amerika sendiri sebenarnya kecoh kerana ksengsaraan yang dialami oleh rakyat Amerika yang berpendapatan rendah semakin terhimpit.

Amerika sebenarnya hampir mengalami inflasi. Sebagai langkah awal dan bijak, mereka sengaja menaikkan harga minyak, dengan harapan agar sedunia mengalami kerugian. Kerugian ini kita tanggung bersama ini bisikan Amerika. Tanpa rasa bersalah sewenang-wenangnya menggunakan 'kuasa' yang ada untuk mempengaruhi negara-negara pengeluar utama minyak dunia, menaikkan harga minyak.

Rakyat Malaysia antara mangsa kerakusan Amerika dalam menyelamatkan ekonomi dan 'maruah' mereka. Malaysia merupakan negara pengeluar, namun adakah benar-benar kewajaran menaikkan harga minyak sebagai langkah terbaik untuk masa hadapan? Mengeksport lebih banyak dan mengimport minyk untuk kegunaan rakyat sendiri?
Bunyinya memang pelik tetapi, inilah realiti.

Semalam, Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengumumkan bahawa negaranya telah meningkatkan pengeluaran minyak kepada 9.7 juta tong sehari.

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) juga mengalu-alukan pengumuman Arab Saudi itu tetapi kurang yakin langkah itu akan memberi kesan terhadap harga minyak yang tinggi di AS.

Dahulu, kalau sebut sahaja LA(Los Angles) tentu semua tahu itu adalah satu pusat judi terbesar di dunia. Tapi sekarang pusat judi terbesar di Asia, Macau. Benarkah Amerika sedang mengalami zaman gelap?

LEt's ThInK!!

Isnin, 23 Jun 2008

Gambar Muslimah??

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -


MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

Menagih C.I.N.T.A.


Menghadap komputer 24 jam takpe, klu nak solat? Berat sangat ker kaki tuh? Saat paling bahagia kalau menghadap Ilahi. Kenapa payah?Berat?

Jiwa itu masih kosong, tidak diisi dengan kecintaan kepada Rabb. Kecintaan itu boleh menjadi hampir apabila kita mendekatkan diri kepadanya. Tidakkah kita sedar, sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan kita? Lagi dekat dari urat di leher. Mampukah kita mencintai dan mendekatinya serapat den sedekat itu? Semakin dekat Tuhan kepada kita bergantung sehampir mana kita kepadanya.

Keazaman dalam setiap doa yang dititipkan kepadanya mampu mengubah hidup. Ketulusan doa dalam kejernihan hati mengirim doa bersama air mata yang suci mengalir dari jiwa yang memperhambakan diri kepadanya. Jangan pernah berasa payah, cuba dan terus cuba untuk mencintaiNya, kerana cintaNya adalah cinta abadi sehingga hujung nyawa dan selamanya.

Doa kudus mencintaiMU bukanlah bebanan bagiku namun, nikmat untukku, berikanlah cintaMu untukku, aku hambaMu yang kerdil lagi hina.
Hadirkanlah cintaMu kepadaku, aku mohon ya Tuhanku, bantukah hambaMu meraih cintaMU. Berikanlah cintaMu dalam hatiku, tambahkanlah kecintaan ini hanya UNTUKMU.

Ya Rahman, Ya Rahim, janganlah Engkau biarkan jiwa dan hatiku ini sepi, kosong tanpa cintaMu. Anugerah kehidupan ini yang terbaik dan terindah Engkau berikan kepadaku tidak temampu kubalas nikmatnya. Nikmat teragung yang pernah aku raih. Abadikan cintaMu dalam diriku.

Cuba dan terus mencuba untuk mengingatinya setiap saat dan setiap helaan nafas. Semoga Engkau berikan ku peluang untuk meraih cintaMu yang kekal abadi. Berikan aku peluang untuk mencintaiMu selamanya. Aku akan terus dan terus mencuba untuk meraih cintaMU.

Selasa, 17 Jun 2008

Sekolah yang aku rindui

Tiga hari yang lepas aku sempat mengikuti program di sekolahku. Seronok rasa yang tidak terhingga sampai aku merasakan yang aku kembali ke alam persekolahan. Selama 4 tahun meninggalkan sekolah macam-macam perubahan yang berlaku. Katil di asrama yang dahulunya katil besi sekarang dah jadi katil kayu. Loker yang besar sekarang dah jadi loker yang kecik.. dan yang paling tak best, loker yang kecik tu menyebabkan terhad nak bawa baju banyak-banyak. Sekarang bawa baju melayu atau kurung 4 pasang je. Argh! sikitnyer.

Pemandangan sekolah pun dah lain. Dulu, pokok-pokok yang menghijau kecik-kecik lagi tak de tempat nak berteduh kalau lepas pergi riadah petang-petang. Sekarang dah boleh dah, tak lah panas sangat. Seronok rase bila tengok adik-adik yang pernah dibuli mase diaorang form1 dah besar dah sekarang dan taklah bermasalah sangat. Tapi sekarang dah berubah, dulu setiap kali jumpe junior2 salam tak putus-putus diberikan, sekarang aisey senyum pun tarak!!! Nie yang menyebabkan super duper senior nie nak marah!!! Mase aku form 5 dulu memang lah bebudak form 1 takut dan anti ngan aku sebab setiap kali diaorang bagi salam aku tak pernah senyum, atau jawab salam diorang. Hehehehe dulu saje jer wat camtu suruh diorang takut sikit. Sebenarnye jawab jer salam tu tapi tak nak tunjuk nanti diorang naik kepala.

Bila datang balik ke sekolah, budak2 yang masih kecik dulu tu dah besar dan sekarang form5 sume yang takut, tak suke dan anti dulu pergi serbu aku dan bersalam dengan aku. Terkejut jugak sebab dulu muka-muka tu lah yang anti aku. Diaorang sume cakap rindukan muka aku yang serious dan garang tue. Aku sebenarnye tak tau yang waktu aku form 5 muka aku serious dan garang, diorang2 nie la yang cerite. Aku rase mase sekolah dulu ok jer. Diorang kata sekarang nie kalau nak buat garang2 ngan bebudak junior susah nanti diorang report ngan cikgu huh... manje siot!! Kalau ngan aku dah kene bebudak yang suke nak jadi reporter nie.

Sekarang cikgu2 pun banyak complain yang bebudak sekarang kurang ajar ngan cikgu, melawan cikgu. Diorang nie tak sedar ke dengan siapa diorang kurang ajar tu. Cikgu tu nampak jer mulus baik tapi taraf diorang cam mak ayah kite jugak, kalau melawan., derhaka berdosa.
Lepas program yang aku join jadi fasi tu aku harap diorang dapat berubah sebab walaupun program tu tak lame, 3 hari jer aku harap sesangat yang diorang boleh dapat apa yang kita orang sampaikan. Semoga mereka berubah menjadi lebih baik dan boleh berbakti kepada sekolah dengan harumkan nama sekolah.

Rindu sangat sekolah sebab kat situlah aku belajar macam mane nak mengubah diri, cari keyakinan diri dan cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri. Semoga Allah menyampaikan apa yang telah kami curahkan kepada adik2 selama 3 hari supaya mereka menjadi orang dan insan yang berguna suatu hari kelak.

Khamis, 12 Jun 2008

Kesal dengan YB Salahudin?

Kelamrin saya sempat menonton debet khas bersiaran langsung dari TV1 yang membincangkan tajuk 'Penstrukturan Semula Subsidi minyak?'. Panel yang hadir ialah menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal penggna, Dato' Shahrir dan YB Salahudin Ayub serta wartawan dari agendadaily. Ternyata perdebatan ini agak panas ketika saya menonton, malangnya saya tidak menonton dari mula. Tetapi yang menyedihkan, tadi saya terbaca artikel yang terang-terangan mengutuk cara YB Salahudin berdebat dan saya merasa kesal dengan tindakkan individu tersebut kerana artikel yang telah ditulisnnya telah diletakkan dalam web peribadi Dato' Shahrir. Saya terkesan dengan tindakkan individu ini kerana dia menyatakan bahawa dia merasakan YB Salahudin tidak menjadi seorang ahli politik ketika berdebat namun telah menjadi seperti ahli ekonomi atau seorang pensyarah yang diterbangkan dari universiti Tokyo.
Bagi pendapat saya sendiri, saya tidak merasakan YB Salahudin begitu kerana YB Salahudin telah mencuba dengan sedaya upaya untuk meyakinkan masyarakat diluar sana yang menonton siaran langsung tersebut bahawa Pakatan Rakyat benar-benar ingin membela nasib rayat. Tidak seperti Dato' Shahrir yang kerap menyatakan pengurangan subsidi minyak akan digunakan untuk tujuan lain seperti pembangunan, pendidikan... Saya kurang bersetuju dengan kata-kata Dato' Shahrir yang menunjukkan bahawa dalam pemikiran Dato' Shahrir hanyalah pembangunan dan pendidikan semata-mata yang diperlukan oleh rakyat.
Saya cukup tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh saudara Khairul Faizi yang menyatakan bahawa kita tidak seharusnya menyalahkan seratus peratus YB Salahudin kerana kurang berjaya memberikan respon yang boleh menundukan Dato' Shahrir sehingga beliau menundukkan kepala di bawah meja. Analogi yang diberikan oleh saudara ini bagi saya sangat bijak kerana ada benarnya didalam satu pasukan bola sepak, jika penyerang yang tidak berjaya menjaringkan sebarang gol adakah kita harus menyalahkan penyerang 100%?

Kalau nak baca arikel dari saudara Khairul Faizi
klik nama Khairul Faizi.

Kalau nak baca artikel yang di link dari website Dato' Shahrir
klik nama Dato' Shahrir

Fikir-fikirkan!!!

Selasa, 10 Jun 2008

HE power of victory!



Success is the satisfaction
In adding ambition
Success require opportunity
Opportunity opens in creativity
Creativity is driven by desire
Desire is tweled by ambition
(on each stage)
The key is perseverance
Perseverance is sustained by confidence
the almost confidence is belief in HIM
Because HE is the Greatest
-HAITHAM-

Setiap soalan ada JAWAPAN

Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit i
tu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...